Ahakssss dah terlalu lama rasanyer aku tak apdet blog aku nih. Bukan sengaja cuma agak sibuk semenjak dua menjak nih. Anyway aku macam biasa sihat alhamdulillah. Dengan raya yang bakal menjelang, aku semakin teruja untuk menyarung baju melayu yang bakal aku ambik malam nih. Lepas berbuka nih rasanyer aku akan pergi ke Kajang. Ermmm aku rasa puasa pada tahun ini merupakan puasa yang paling menggembirakan aku. Maklumlah pertama kali mengerjakan ibadat puasa ini sebagai tunangan orang. Rasa seronok semacam, terasa ada yang sayang kat diri aku nih. Insya-Allah aku akan melangsungkan perkahwinan aku pada tahun depan. Nantikan kad kahwin aku tu....
Sekarang tengah giat mengumpul duit hantaran kahwin. Tak boleh boros macam dulu2. Menyesal rasanyer tak kumpul duit dari awal. Kalau tak dah selamat aku kahwin hari tu. Tapi ini semua dah di tetapkan so syukur.
Terasa rindu kepada kawan2 blogger yang sama2 melantit. Apakan daya keje aku yang sibuk mengalahkan perdana menteri telah membuatkan aku tidak mungkin untuk meluangkan masa bersama kalian buat masa ini.
Aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadat puasa walaupun aku tau aku lambat nak apdet blog nih. Tapi nawaitu mengatasi segalanyer...
Setakat itu je laa untuk kali ini. Sekian, terima kasih....
P/S : Errrr... Manje rindukan Abang x? Auwwwww.........
No comments:
Post a Comment